AWANG BARA
biasa dan santai
Pages
Rabu, 8 April 2020
Selasa, 7 April 2020
Isnin, 14 Mei 2012
ANAK-ANAK KITA
Masih ternyiang-nyiang di kotak minda aku.. kidung anak meneriak .."Abah..abah cepat la .. nak ronda-ronda Lake Garden.. tengok monyet. Cepat lah abah !!" Begitu cepat masa berlalu kini anak-anak telah dewasa. Kini Along berusia 25 tahun dan akan bernikah tidak lama lagi. Angah sudah lama meninggalkan kami ketika umur 7 tahun akibat ketumbuhan dalam otak. Alang berusia 20 tahun, belum punyai perkerjaan tetap tapi membantu Ummi di projek Cendawan bersama Achik (18 tahun) yang menunggu keputusan SPM tahun 2011..
Khamis, 9 Februari 2012
USANG DI UJUNG PENARAK
Jam lebih kurang 1.00 tengahari, aku seorang diri ke warong makan di hujung Jalan Penarak. Dulu aku dan isteri kerap pekena laksa di warong tu.. tapi la ni tokeh kedai dah cabut lari, orang lain pula dah cater. Warong tak cantik tapi Suasana sekitar nyaman, damai dan punyai pemandangan laut yang indah. Terdapat sebuah warong lama menjual Gulai Panas Ayam Kampung yang hampir roboh berdekatan situ masih ada perkakas dapur dan meja makan dan lain-lain terbiar di mamah usia.
Rabu, 8 Februari 2012
REZEKI PAK NELAYAN
4 Feb 2012 jam 3.40 petang hari tu nak balik ke Langkawi setelah beberapa hari di kampung menjenguk anak isteri. Tiket feri ke Langkawi pula jam 5.00 petang, Maka aku dan famili ambil kesempatan jalan-jalan cuci mata sekitar kawasan nelayan Kuala Kedah. Terlihat aku akan pak nelayan dengan tangkapan ikan yang banya... murah sungguh rezeki pak nelayan ni hari tu.. senyum sampai ke telinga.
Rabu, 4 Januari 2012
selagi ada rindu
selagi ada ombak dan laut
selagi ada Rahmat Tuhan
selagi ada waktu selagi ada rindu
biar beribu batu
ingin aku bertemu
Ahad, 1 Januari 2012
Lauk
Makanan asasi ku seperti orang Malaysia yang lain.. nasi. Lauk utama ku telur dadar di iringi dengan sambal tumis atau gulai kari daging/ikan atau daging mask itam.. plus jeruk petai dan sambal belacan. Beli tak sedap .. sebab tu isteri ku masakan.
melihat gambar diatas aku terasa lapar.. meleleh air lior.
Langgan:
Catatan (Atom)