Pages

Isnin, 14 Mei 2012

ANAK-ANAK KITA

Masih ternyiang-nyiang di kotak minda aku.. kidung anak meneriak .."Abah..abah cepat la .. nak ronda-ronda Lake Garden.. tengok monyet.  Cepat lah abah !!" Begitu cepat masa berlalu kini anak-anak telah dewasa.  Kini Along berusia 25 tahun dan akan bernikah tidak lama lagi. Angah sudah lama meninggalkan kami ketika umur 7 tahun akibat ketumbuhan dalam otak. Alang berusia 20 tahun, belum punyai perkerjaan tetap tapi membantu Ummi di projek Cendawan bersama Achik (18 tahun) yang menunggu keputusan SPM tahun 2011..